Wednesday, September 15, 2021
Several regions in Sabah were devastated by freak flash floods.
Tuesday, September 14, 2021
MALAYSIA
MALAYSIA
KARYA : MUHAMMAD AFIQ
Malaysia
Satu nama yang disegani
Dipentas benua dan dunia
Malaysia
Satu simbolik dan jati diri kepada 14 jalur
Yang menjadi ikatan utuh dan ketat
Yang melambangkan perpaduan agama, bangsa dan negara
Yang melambangkan kepatuhan dan ketaatan kepada Raja Dan Sang
Pencipta
Yang melambangkan satu negara yang berdaulat
Yang melambangkan kekuatan dan kemegahan sesebuah negara
Yang melambangkan agama Islam sebagai ikutan utama
Yang melambangkan satu cahaya kepada seluruh dunia
Malaysia
Satu nama yang tidak asing lagi
Dulu Tanah Melayu namanya
Dulu gah dengan Kerajaan Champa
Dulu gah dengan Kerajaan Kedah Tua
Dulu gah dengan Kerajaan Sriwijaya
Dulu gah dengan Kerajaan Melaka
Yang menjadi Tumpuan Dunia
Yang menjadi tumpuan pelabuhan
Yang menjadi tumpuan ketenteraan
Yang menjadi tumpuan ilmuan
Itulah Malaysia
Malaysia
Satu negara yang melahirkan banyak tokoh
Sejak zaman dahulu sehinggalah zaman sekarang
Bukan sahaja melakar nama di pentas sunda
Bahkan melakar nama di pentas Eropah
Malaysia
Satu Negara yang begitu mempersonakan
Yang mempunyai identiti kebudayaan dan kesenian tersendiri
Yang mempunyai adat resam yang disanjungi
Yang mempunyai pelbagai kaum yang disatukan
Yang mempunyai pelbagai juadah makanan yang lazat
Yang mempunyai pertuturan yang begitu merendah diri
Yang mempunyai flora dan fauna yang memukau mata
Itulah nama yang disayangi
Malaysia
Satu tarikh yang begitu penting
16 September 1963 merupakan hari bersejarah
Dari Perlis hingga ke Sabah berjaya disatukan
Berada dalam satu sistem dan tampuk pemerintahan
Raja berpelembagaan sebagai ketua negara
Sistem demokrasi berparlimen sebagai sistem pemerintahan
Yang dilantik oleh Rakyat
Untuk mentadbir negara
Untuk menaikkan imej negara
Untuk menuju kegemilangan negara
Yang hampir hilang
Yang hampir musnah
Yang hampir hancur
Disebabkan ketamakan di dalam diri
Disebabkan kelekaan dengan arus kemodenan
Disebabkan kecintaan dunia yang melampau
Disebabkan perebutan kuasa yang tidak kesudahan
Itulah Malaysia
Thursday, June 24, 2021
1 Dalam 1000
1 DALAM 1000
Pada 1 Zulkaedah 1415 bersamaan 1 April 1995 pada waktu subuh hari Sabtu ,aku keluar dari perut ibuku yang tersayang selama 9 bulan.
Aku lahir bukan sebagaimana banyak bayi lahir masa itu kerana aku lahir dengan keadaan jantung ku berada di sebelah kanan .. Kebiasaan bayi normal lahir ,jantung bayi di sebelah kiri.
Selepas aku keluar dari perut ibuku ini , aku dimasukkan ke ICU dengan wayar di jantung ku selama 3 bulan (kata ibu aku) .
Selama 3 bulan itu juga , ibu dan ayah ku selalu berdoa supaya aku sihat ...
Alhamdulillah.. selepas 3 bulan itu , doktor mengatakan perkara ini jarang berlaku kerana aku berada keadaan sihat .. doktor kata 1 dalam 1000 ,bayi lahir macam ini berada dalam keadaan sihat .. Biasanya tidak akan bertahan lama untuk hidup ...
Aku tidak didaftarkan sebagai orang OKU kerana masa itu ayahku tidak tahu untuk daftar pasal ini ...
Kisah ini akan bersambung selepas ini . Itu sahaja untuk setakat ini ..
Terima kasih sudi membaca ....
#penglipurlara
#kelantan
Apakah ini sebuah mimpi 'Penulis : Penglipur Lara'
Mimpi kah aku ini ?
Pukul 4 petang ,aku membaca satu buku tahun 90-an (buku arwah bapa saudaraku) yang berjudul sebuah kota ... MASUK BAB 2 ,aku terlelap di depan tv di atas kerusi ..
Selepas 15 minit aku terlelap, aku bangun dan pergi tidur dalam bilik ..
Tup Tup Tup masa berjalan .
Dalam sejam aku tidur ,aku merasa ada orang kejutkan aku untuk solat asar ..aku bangun dan tengok jam telefon baru pukul 6 petang ..
Aku baring balik sebab kepala aku rasa nak pitam ...
Tepat 6.40 petang aku bangun dan pergi ke bilik air untuk mengambil wudhu dan cuci tubuh untuk solat asar ..
Selepas solat asar ,aku pergi ke bilik mak aku untuk bertanya adakah mak aku kejutkan aku pukul 6 petang tadi untuk solat asar ...mak aku kata dia x kejutkan aku dan berada di bilik bersama dengan unna 'anak saudara aku' ..
aku bingung dan hairan , siapa yang kejutkan aku tadi ... Apakah aku mimpi ? Sudah beberapa kali perkara ini terjadi ...
Jika aku letih sangat , mesti ada kejutkan untuk bangun solat tetapi tidak tahu siapakah gerangan makhluk ini ?
#mimpikahaku
#coretanSangpujanggaLara
Tuesday, May 18, 2021
Sejarah Penggumpulan Al-Quran dan Penulisan Al-Quran
Pada zaman Nabi Muhammad SAW. telah berlaku penulisan Al-Quran tetapi tidak terjadi penggumpulan Al-Quran . Ada 3 Kaedah yang digunapakai oleh Para Sahabat SAW. tatkala Al-Quran diturunkan ke atas muka bumi iaitu :-
1) Talaqqi di depan Nabi SAW dan hafaz .
2) Menulis mengikut surah atau ayat atau dihafalnya .
3) Menulis kesemuanya surah atau dihafalnya seluruh surat .
Monday, May 17, 2021
Golongan Ilmuan yang Masyhur dengan ilmu Khat dan Tulisan Sebelum Islam
Sunday, May 16, 2021
Sejarah Penulisan dan Pengumpulan Al-Quran
Oh Jururawat
Oh Jururawat Karya : Muhammad Afiq Nama Pena : Pujangga Lara Oh jururawat Bukan sekadar satu nama Berpakaian serba putih Jiwanya mesti ...





