Saturday, September 18, 2021

Oh Jururawat

 



Oh Jururawat

Karya : Muhammad Afiq

Nama Pena : Pujangga Lara


Oh jururawat 

Bukan sekadar satu nama 

Berpakaian serba putih 

Jiwanya mesti tabah

Hati mesti kental 

Perkerjaaannya penuh cabaran

Itulah perkerjaan yang mulia


Oh jururawat 

Engkau tidak mengenal erti penat 

Malam dikatakan siang

Siang dikatakan malam 

Kerana tanggungjawab engkau pertahankan


Oh Jururawat

Engkau tidak pernah lari dari tugas

Pelbagai lontaran yang hina terhadap engkau

Lebih-lebih lagi musim covid ini

Tetapi engkau diam tanpa seribu kata


Oh Jururawat 

Tubuhnya ramping 

Suaranya lunak

Ramai datang untuk dirawat

Disebabkan mukamu putih menggebu

Itulah penyebab ramai pesakit dirawat


Oh Jururawat

Layananan mu sungguh terpahat

Menusuk ke dalam qalbi yang penuh dalam

Jika ada jodoh kita berjumpa lagi

Kerana ketentuan Ilahi tidak pernah salah

No comments:

Post a Comment

Oh Jururawat

  Oh Jururawat Karya : Muhammad Afiq Nama Pena : Pujangga Lara Oh jururawat  Bukan sekadar satu nama  Berpakaian serba putih  Jiwanya mesti ...