Showing posts with label Sajak. Show all posts
Showing posts with label Sajak. Show all posts

Friday, September 17, 2021

Terima Kasih Petani

 



Terima Kasih Petani

Karya : Muhammad Afiq

Nama Pena : Pujangga Lara


Terima kasih petani

Kerna kaulah aku boleh bekerja

Kerna kaulah aku boleh tenaga

Kerna kaulah aku bertambah sihat

Kerna kaulah aku bertambah bahagia


Terima kasih petani

Disebabkan jerit perih kau 

Aku dapat merasakan segenggam nasi


Terima kasih petani

Ketika waktu kau sudah turun ke sawah padi

Membawa sebilah renggam 

Untuk dijadikan alat mengetam

Yang sudah ditinggalkan anak muda bermandikan emas

Aku masih diselimuti dengan kain yang dipenuhi kristal


Terima kasih petani

Walaupun kau dipandang sinis seperti plastik yang koyak

Oleh Sang pendatang dari Bandar

Kau masih melakukan kerja mengerat padi

Dengan berbekalkan pisau mengerat


Terima kasih petani 

Walaupun orang ramai menaiki kereta mewah

Dari barat daya menuju ke timur laut

Kau masih membonceng motosikal klasik 

Dari pagi hingga ke petang

Untuk menyiapkan sebidang sawah

Untuk dijadikan makanan harian anak bangsa

Thursday, September 16, 2021

SAJAK KOPI




Kopi

Karya : Muhammad Afiq
Nama Pena : Pujangga Lara

Kopi
juga dikenali sebagai kahwa
Warnanya sungguh kelam
Rasanya begitu kelat

Kopi
Datangnya nun jauh di sana
Ethiopia tempat asalnya
Telah dibawa berdagang melalui samudera
Orang Arab sebagai pedagangnya

Kopi
Sedap dijadikan juadah minuman
Ketika waktu pagi dan petang
Di bawah pepohon rimbunan
Sambil menyaksikan hamparan dunia

Kopi
Otak akan kembali segar
Umpama baru bangun dari buaian mimpi
Pabila menghirup seteguk kopi


Tuesday, September 14, 2021

MALAYSIA

 MALAYSIA

KARYA : MUHAMMAD AFIQ


Malaysia

Satu nama yang disegani

Dipentas benua dan dunia

 

Malaysia

Satu simbolik dan jati diri kepada 14 jalur

Yang menjadi ikatan utuh dan ketat

Yang melambangkan perpaduan agama, bangsa dan negara

Yang melambangkan kepatuhan dan ketaatan kepada Raja Dan Sang Pencipta

Yang melambangkan satu negara yang berdaulat

Yang melambangkan kekuatan dan kemegahan sesebuah negara

Yang melambangkan agama Islam sebagai ikutan utama

Yang melambangkan satu cahaya kepada seluruh dunia

 

Malaysia

Satu nama yang tidak asing lagi

Dulu Tanah Melayu namanya

Dulu gah dengan Kerajaan Champa

Dulu gah dengan Kerajaan Kedah Tua

Dulu gah dengan Kerajaan Sriwijaya

Dulu gah dengan Kerajaan Melaka

Yang menjadi Tumpuan Dunia

Yang menjadi tumpuan pelabuhan

Yang menjadi tumpuan ketenteraan

Yang menjadi tumpuan ilmuan

Itulah Malaysia

 

Malaysia

Satu negara yang melahirkan banyak tokoh

Sejak zaman dahulu sehinggalah zaman sekarang

Bukan sahaja melakar nama di pentas sunda

Bahkan melakar nama di pentas Eropah

 

Malaysia

Satu Negara yang begitu mempersonakan

Yang mempunyai identiti kebudayaan dan kesenian tersendiri

Yang mempunyai adat resam yang disanjungi

Yang mempunyai pelbagai kaum yang disatukan

Yang mempunyai pelbagai juadah makanan yang lazat

Yang mempunyai pertuturan yang begitu merendah diri

Yang mempunyai flora dan fauna yang memukau mata

Itulah nama yang disayangi

 

Malaysia

Satu tarikh yang begitu penting

16 September 1963 merupakan hari bersejarah

Dari Perlis hingga ke Sabah berjaya disatukan

Berada dalam satu sistem dan tampuk pemerintahan

Raja berpelembagaan sebagai ketua negara

Sistem demokrasi berparlimen sebagai sistem pemerintahan

Yang dilantik oleh Rakyat

Untuk mentadbir negara

Untuk menaikkan imej negara

Untuk menuju kegemilangan negara

Yang hampir hilang

Yang hampir musnah

Yang hampir hancur

Disebabkan ketamakan di dalam diri

Disebabkan kelekaan dengan arus kemodenan

Disebabkan kecintaan dunia yang melampau

Disebabkan perebutan kuasa yang tidak kesudahan

Itulah Malaysia

 

 


Sunday, March 21, 2021

MUHAMMAD MANUSIA DIPILIH ATAU TERPILIH

 

Muhammad satu nama yang amat mulia

Muhammad satu nama yang amat disayangi

Muhammad satu nama yang amat dihormati

Muhammad satu nama yang amat digeruni

Muhammad satu nama yang amat tertusuk kedalam sanubari

Muhammad satu nama yang amat dikenali

Kerna sifat amanah , siddiq , fatonah dan tabliq ada pada diri Muhammad

Siapa yang tidak kenal dengan sifat amanah Muhammad

Dimana Muhammad bekerja dengan Khadijah

Tiada ketirisan menguruskan perniagaan Khadijah

 

Sifat siddiq Muhammad ini tidak pernah diragui oleh Quraisy

Muhammad tidak pernah berbohong walaupun dalam berjenaka

Datang lah seorang wanita tua yang bertanya kepada Muhammad

"Muhammad , adakah saya boleh masuk syurga ?"

Muhammad berkata " Tidak boleh masuk syurga"

Wanita itu menangis sehingga perkhabaran sampai ke telinga Muhammad

Muhammad menjelaskan yang boleh masuk ke syurga

Adalah wanita yang dara , yang masih suci dan lain-lain

Itu lah sifat siddiq ditunjukkan oleh Muhammad

 

Tabliq sifat yang sudah sebati dalam diri Muhammad

Sama ada dari segi perbuatan , kata-kata atau amalan

Muhammad dizalimi oleh penduduk Taif kerana dakwah

Tubuh Muhammad terluka , dihina dan dicerca

Tetapi dakwah tetap berjalan

 

Adakah Muhammad dipilih atau terpilih?

Safar Untuk Mencari Cinta Abadi Karya Muhammad Afiq

Lebih baik aku bermusafir untuk mencari cinta abadi

Jika aku berhampiran dengan kamu

Aku sentiasa berdebar-debar di jantungku

Aku merasa gembira apabila melihat kamu hanya sekilas pandang sahaja

Hati ku gelisah dan risau melihat engkau berada dalam keadaan sakit

Aku sentiasa berdoa dan menitiskan air mata kepada Rabb supaya sembuh penyakit kamu

Aku merasa pedih dan sakit juga apabila engkau berada dalam keadaan kurang baik

Perasaan aku ini hanya aku simpan dalam hati agar engkau tidak bertambah sakit

 

Lebih baik aku menjauhkan diri daripada mu

Selepas engkau menolakkan cintaku

Aku ingin melupakan kamu dari semua segi

Aku ingin membuang kamu dari benakku buat selamanya

Aku ingin menghapuskan setiap ingatanku terhadap kamu

Aku ingin membakar setiap kebaikkan kamu didalam benakku dan dalam hatiku

 

Aku silap kerana aku melafazkan cinta kepada kamu

Kerana kamu semakin ingin berjauhan daripada ku ini

Kerana kamu sudah tidak mahu bercakap dengan aku ini

Kerana kamu sudah lupa akan aku ini

 

Aku memohon maaf kepada kamu

Kerana lafaz cintaku ini

Membuat engkau tidak mahu berkawan dengan aku

Membuat engkau marah kepada ku

Membuat engkau semakin kedepan meninggalkan ku dibelakang

 

Lebih baik aku bermusafir mencari cinta Abadi

Aku ingin meninggalkan setiap kenangan ini

Aku ingin memadamkan setiap pertolongan kamu itu

Aku tidak mampu menghadapi apabila bersama kamu

Aku ingin menghancurkan kamu dari dalam fikiran aku ini

 

Maafkan aku

Aku ingin bersendirian

Aku ingin membawa diri

Aku ingin mengubati hati ku ini

Dengan cinta Ilahi

 

Andainya kita berjumpa lagi selepas ini

Mungkin kita tidak kenal satu sama lain

Mungkin kamu membawa haluan kamu

Mungkin aku membawa haluan kamu

Aku mencuba melupakan kamu

Dengan aku membawa diri jauh daripada mu

 

Aku mempunyai cita-cita dan impian yang perlu aku teruskan

Aku ingin melihat Islam tertegak di atas muka bumi ini sebagaimana Islam tertegak zaman Rasulullah

Aku tidak mampu menjadi seperti kebanyakan lelaki akhir zaman

Aku tidak mampu untuk memaksa kamu menerima aku dalam kehidupan kamu

Lebih baik aku menyendiri dan bermusafir jauh dari tempat kelahiranku

 

Umat Islam menanti seseorang yang dapat mengubah dunia ini daripada kekufuran kepada keamanan

Aku ingin mentarbiyah dan menguatkan ilmu agama didalam diri ini

Agar aku dapat memimpin umat pada masa akan datang

 

Selamat tinggal cintaku

Aku titipkan kamu setiap didalam doaku ini

Semoga kamu bertemu lelaki yang lebih baik daripadaku ini

Oh Jururawat

  Oh Jururawat Karya : Muhammad Afiq Nama Pena : Pujangga Lara Oh jururawat  Bukan sekadar satu nama  Berpakaian serba putih  Jiwanya mesti ...