Tuesday, September 14, 2021

MALAYSIA

 MALAYSIA

KARYA : MUHAMMAD AFIQ


Malaysia

Satu nama yang disegani

Dipentas benua dan dunia

 

Malaysia

Satu simbolik dan jati diri kepada 14 jalur

Yang menjadi ikatan utuh dan ketat

Yang melambangkan perpaduan agama, bangsa dan negara

Yang melambangkan kepatuhan dan ketaatan kepada Raja Dan Sang Pencipta

Yang melambangkan satu negara yang berdaulat

Yang melambangkan kekuatan dan kemegahan sesebuah negara

Yang melambangkan agama Islam sebagai ikutan utama

Yang melambangkan satu cahaya kepada seluruh dunia

 

Malaysia

Satu nama yang tidak asing lagi

Dulu Tanah Melayu namanya

Dulu gah dengan Kerajaan Champa

Dulu gah dengan Kerajaan Kedah Tua

Dulu gah dengan Kerajaan Sriwijaya

Dulu gah dengan Kerajaan Melaka

Yang menjadi Tumpuan Dunia

Yang menjadi tumpuan pelabuhan

Yang menjadi tumpuan ketenteraan

Yang menjadi tumpuan ilmuan

Itulah Malaysia

 

Malaysia

Satu negara yang melahirkan banyak tokoh

Sejak zaman dahulu sehinggalah zaman sekarang

Bukan sahaja melakar nama di pentas sunda

Bahkan melakar nama di pentas Eropah

 

Malaysia

Satu Negara yang begitu mempersonakan

Yang mempunyai identiti kebudayaan dan kesenian tersendiri

Yang mempunyai adat resam yang disanjungi

Yang mempunyai pelbagai kaum yang disatukan

Yang mempunyai pelbagai juadah makanan yang lazat

Yang mempunyai pertuturan yang begitu merendah diri

Yang mempunyai flora dan fauna yang memukau mata

Itulah nama yang disayangi

 

Malaysia

Satu tarikh yang begitu penting

16 September 1963 merupakan hari bersejarah

Dari Perlis hingga ke Sabah berjaya disatukan

Berada dalam satu sistem dan tampuk pemerintahan

Raja berpelembagaan sebagai ketua negara

Sistem demokrasi berparlimen sebagai sistem pemerintahan

Yang dilantik oleh Rakyat

Untuk mentadbir negara

Untuk menaikkan imej negara

Untuk menuju kegemilangan negara

Yang hampir hilang

Yang hampir musnah

Yang hampir hancur

Disebabkan ketamakan di dalam diri

Disebabkan kelekaan dengan arus kemodenan

Disebabkan kecintaan dunia yang melampau

Disebabkan perebutan kuasa yang tidak kesudahan

Itulah Malaysia

 

 


No comments:

Post a Comment

Oh Jururawat

  Oh Jururawat Karya : Muhammad Afiq Nama Pena : Pujangga Lara Oh jururawat  Bukan sekadar satu nama  Berpakaian serba putih  Jiwanya mesti ...