Thursday, June 24, 2021

1 Dalam 1000

 1 DALAM 1000


Pada 1 Zulkaedah 1415 bersamaan 1 April 1995 pada waktu subuh hari Sabtu ,aku keluar dari perut ibuku yang tersayang selama 9 bulan. 


Aku lahir bukan sebagaimana banyak bayi lahir masa itu kerana aku lahir dengan keadaan jantung ku berada di sebelah kanan .. Kebiasaan bayi normal lahir ,jantung bayi di sebelah kiri.


Selepas aku keluar dari perut ibuku ini , aku dimasukkan ke ICU dengan wayar di jantung ku selama 3 bulan (kata ibu aku) .


Selama 3 bulan itu juga , ibu dan ayah ku selalu berdoa supaya aku sihat ...


Alhamdulillah.. selepas 3 bulan itu , doktor mengatakan perkara ini jarang berlaku kerana aku berada keadaan sihat .. doktor kata 1 dalam 1000 ,bayi lahir macam ini berada dalam keadaan sihat .. Biasanya tidak akan bertahan lama untuk hidup ... 


Aku tidak didaftarkan sebagai orang OKU kerana masa itu ayahku tidak tahu untuk daftar pasal ini ... 


Kisah ini akan bersambung selepas ini . Itu sahaja untuk setakat ini ..


Terima kasih sudi membaca ....


#penglipurlara

#kelantan

No comments:

Post a Comment

Oh Jururawat

  Oh Jururawat Karya : Muhammad Afiq Nama Pena : Pujangga Lara Oh jururawat  Bukan sekadar satu nama  Berpakaian serba putih  Jiwanya mesti ...