Thursday, June 24, 2021

Apakah ini sebuah mimpi 'Penulis : Penglipur Lara'

 Mimpi kah aku ini ? 


Pukul 4 petang ,aku membaca satu buku tahun 90-an (buku arwah bapa saudaraku) yang berjudul sebuah kota ... MASUK BAB 2 ,aku terlelap di depan tv di atas kerusi .. 


Selepas 15 minit aku terlelap, aku bangun dan pergi tidur dalam bilik .. 


Tup Tup Tup masa berjalan .


Dalam sejam aku tidur ,aku merasa ada orang kejutkan aku untuk solat asar ..aku bangun dan tengok jam telefon baru pukul 6 petang ..


Aku baring balik sebab kepala aku rasa nak pitam ... 


Tepat 6.40 petang aku bangun dan pergi ke bilik air untuk mengambil wudhu dan cuci tubuh untuk solat asar .. 


Selepas solat asar ,aku pergi ke bilik mak aku untuk bertanya adakah mak aku kejutkan aku pukul 6 petang tadi untuk solat asar ...mak aku kata dia x kejutkan aku dan berada di bilik bersama dengan unna 'anak saudara aku' .. 


aku bingung dan hairan , siapa yang kejutkan aku tadi ... Apakah aku mimpi ? Sudah beberapa kali perkara ini terjadi ... 


Jika aku letih sangat , mesti ada kejutkan untuk bangun solat tetapi tidak tahu siapakah gerangan makhluk ini ? 


#mimpikahaku

#coretanSangpujanggaLara

No comments:

Post a Comment

Oh Jururawat

  Oh Jururawat Karya : Muhammad Afiq Nama Pena : Pujangga Lara Oh jururawat  Bukan sekadar satu nama  Berpakaian serba putih  Jiwanya mesti ...