Lebih baik aku bermusafir untuk mencari cinta abadi
Jika aku berhampiran dengan kamu
Aku sentiasa berdebar-debar di
jantungku
Aku merasa gembira apabila melihat
kamu hanya sekilas pandang sahaja
Hati ku gelisah dan risau melihat
engkau berada dalam keadaan sakit
Aku sentiasa berdoa dan menitiskan
air mata kepada Rabb supaya sembuh penyakit kamu
Aku merasa pedih dan sakit juga
apabila engkau berada dalam keadaan kurang baik
Perasaan aku ini hanya aku simpan
dalam hati agar engkau tidak bertambah sakit
Lebih baik aku menjauhkan diri
daripada mu
Selepas engkau menolakkan cintaku
Aku ingin melupakan kamu dari semua
segi
Aku ingin membuang kamu dari benakku
buat selamanya
Aku ingin menghapuskan setiap
ingatanku terhadap kamu
Aku ingin membakar setiap kebaikkan
kamu didalam benakku dan dalam hatiku
Aku silap kerana aku melafazkan
cinta kepada kamu
Kerana kamu semakin ingin berjauhan
daripada ku ini
Kerana kamu sudah tidak mahu bercakap
dengan aku ini
Kerana kamu sudah lupa akan aku ini
Aku memohon maaf kepada kamu
Kerana lafaz cintaku ini
Membuat engkau tidak mahu berkawan
dengan aku
Membuat engkau marah kepada ku
Membuat engkau semakin kedepan
meninggalkan ku dibelakang
Lebih baik aku bermusafir mencari
cinta Abadi
Aku ingin meninggalkan setiap
kenangan ini
Aku ingin memadamkan setiap
pertolongan kamu itu
Aku tidak mampu menghadapi apabila
bersama kamu
Aku ingin menghancurkan kamu dari
dalam fikiran aku ini
Maafkan aku
Aku ingin bersendirian
Aku ingin membawa diri
Aku ingin mengubati hati ku ini
Dengan cinta Ilahi
Andainya kita berjumpa lagi selepas
ini
Mungkin kita tidak kenal satu sama
lain
Mungkin kamu membawa haluan kamu
Mungkin aku membawa haluan kamu
Aku mencuba melupakan kamu
Dengan aku membawa diri jauh
daripada mu
Aku mempunyai cita-cita dan impian
yang perlu aku teruskan
Aku ingin melihat Islam tertegak di
atas muka bumi ini sebagaimana Islam tertegak zaman Rasulullah
Aku tidak mampu menjadi seperti
kebanyakan lelaki akhir zaman
Aku tidak mampu untuk memaksa kamu
menerima aku dalam kehidupan kamu
Lebih baik aku menyendiri dan
bermusafir jauh dari tempat kelahiranku
Umat Islam menanti seseorang yang
dapat mengubah dunia ini daripada kekufuran kepada keamanan
Aku ingin mentarbiyah dan menguatkan
ilmu agama didalam diri ini
Agar aku dapat memimpin umat pada
masa akan datang
Selamat tinggal cintaku
Aku titipkan kamu setiap didalam
doaku ini
Semoga
kamu bertemu lelaki yang lebih baik daripadaku ini
No comments:
Post a Comment