Tuesday, September 14, 2021

MALAYSIA

 MALAYSIA

KARYA : MUHAMMAD AFIQ


Malaysia

Satu nama yang disegani

Dipentas benua dan dunia

 

Malaysia

Satu simbolik dan jati diri kepada 14 jalur

Yang menjadi ikatan utuh dan ketat

Yang melambangkan perpaduan agama, bangsa dan negara

Yang melambangkan kepatuhan dan ketaatan kepada Raja Dan Sang Pencipta

Yang melambangkan satu negara yang berdaulat

Yang melambangkan kekuatan dan kemegahan sesebuah negara

Yang melambangkan agama Islam sebagai ikutan utama

Yang melambangkan satu cahaya kepada seluruh dunia

 

Malaysia

Satu nama yang tidak asing lagi

Dulu Tanah Melayu namanya

Dulu gah dengan Kerajaan Champa

Dulu gah dengan Kerajaan Kedah Tua

Dulu gah dengan Kerajaan Sriwijaya

Dulu gah dengan Kerajaan Melaka

Yang menjadi Tumpuan Dunia

Yang menjadi tumpuan pelabuhan

Yang menjadi tumpuan ketenteraan

Yang menjadi tumpuan ilmuan

Itulah Malaysia

 

Malaysia

Satu negara yang melahirkan banyak tokoh

Sejak zaman dahulu sehinggalah zaman sekarang

Bukan sahaja melakar nama di pentas sunda

Bahkan melakar nama di pentas Eropah

 

Malaysia

Satu Negara yang begitu mempersonakan

Yang mempunyai identiti kebudayaan dan kesenian tersendiri

Yang mempunyai adat resam yang disanjungi

Yang mempunyai pelbagai kaum yang disatukan

Yang mempunyai pelbagai juadah makanan yang lazat

Yang mempunyai pertuturan yang begitu merendah diri

Yang mempunyai flora dan fauna yang memukau mata

Itulah nama yang disayangi

 

Malaysia

Satu tarikh yang begitu penting

16 September 1963 merupakan hari bersejarah

Dari Perlis hingga ke Sabah berjaya disatukan

Berada dalam satu sistem dan tampuk pemerintahan

Raja berpelembagaan sebagai ketua negara

Sistem demokrasi berparlimen sebagai sistem pemerintahan

Yang dilantik oleh Rakyat

Untuk mentadbir negara

Untuk menaikkan imej negara

Untuk menuju kegemilangan negara

Yang hampir hilang

Yang hampir musnah

Yang hampir hancur

Disebabkan ketamakan di dalam diri

Disebabkan kelekaan dengan arus kemodenan

Disebabkan kecintaan dunia yang melampau

Disebabkan perebutan kuasa yang tidak kesudahan

Itulah Malaysia

 

 


Thursday, June 24, 2021

1 Dalam 1000

 1 DALAM 1000


Pada 1 Zulkaedah 1415 bersamaan 1 April 1995 pada waktu subuh hari Sabtu ,aku keluar dari perut ibuku yang tersayang selama 9 bulan. 


Aku lahir bukan sebagaimana banyak bayi lahir masa itu kerana aku lahir dengan keadaan jantung ku berada di sebelah kanan .. Kebiasaan bayi normal lahir ,jantung bayi di sebelah kiri.


Selepas aku keluar dari perut ibuku ini , aku dimasukkan ke ICU dengan wayar di jantung ku selama 3 bulan (kata ibu aku) .


Selama 3 bulan itu juga , ibu dan ayah ku selalu berdoa supaya aku sihat ...


Alhamdulillah.. selepas 3 bulan itu , doktor mengatakan perkara ini jarang berlaku kerana aku berada keadaan sihat .. doktor kata 1 dalam 1000 ,bayi lahir macam ini berada dalam keadaan sihat .. Biasanya tidak akan bertahan lama untuk hidup ... 


Aku tidak didaftarkan sebagai orang OKU kerana masa itu ayahku tidak tahu untuk daftar pasal ini ... 


Kisah ini akan bersambung selepas ini . Itu sahaja untuk setakat ini ..


Terima kasih sudi membaca ....


#penglipurlara

#kelantan

Apakah ini sebuah mimpi 'Penulis : Penglipur Lara'

 Mimpi kah aku ini ? 


Pukul 4 petang ,aku membaca satu buku tahun 90-an (buku arwah bapa saudaraku) yang berjudul sebuah kota ... MASUK BAB 2 ,aku terlelap di depan tv di atas kerusi .. 


Selepas 15 minit aku terlelap, aku bangun dan pergi tidur dalam bilik .. 


Tup Tup Tup masa berjalan .


Dalam sejam aku tidur ,aku merasa ada orang kejutkan aku untuk solat asar ..aku bangun dan tengok jam telefon baru pukul 6 petang ..


Aku baring balik sebab kepala aku rasa nak pitam ... 


Tepat 6.40 petang aku bangun dan pergi ke bilik air untuk mengambil wudhu dan cuci tubuh untuk solat asar .. 


Selepas solat asar ,aku pergi ke bilik mak aku untuk bertanya adakah mak aku kejutkan aku pukul 6 petang tadi untuk solat asar ...mak aku kata dia x kejutkan aku dan berada di bilik bersama dengan unna 'anak saudara aku' .. 


aku bingung dan hairan , siapa yang kejutkan aku tadi ... Apakah aku mimpi ? Sudah beberapa kali perkara ini terjadi ... 


Jika aku letih sangat , mesti ada kejutkan untuk bangun solat tetapi tidak tahu siapakah gerangan makhluk ini ? 


#mimpikahaku

#coretanSangpujanggaLara

Tuesday, May 18, 2021

Sejarah Penggumpulan Al-Quran dan Penulisan Al-Quran

 Pada zaman Nabi Muhammad SAW. telah berlaku penulisan Al-Quran tetapi tidak terjadi penggumpulan Al-Quran . Ada 3 Kaedah yang digunapakai oleh Para Sahabat SAW. tatkala Al-Quran diturunkan ke atas muka bumi iaitu :-


1) Talaqqi di depan Nabi SAW dan hafaz .

2) Menulis mengikut surah atau ayat atau dihafalnya .

3) Menulis kesemuanya surah atau dihafalnya seluruh surat .

Monday, May 17, 2021

Golongan Ilmuan yang Masyhur dengan ilmu Khat dan Tulisan Sebelum Islam

Sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW. , bangsa Arab terkenal dengan ummi iaitu tidak pandai menulis dan membaca tetapi ada seorang ilmuan yang pandai dalam tulisan dan Khat iaitu Harb bin Ummayya Bin Abd Sams. 

Disini mempunyai 2 pendapat Qil' yang alim dalam khat dan Tulisan Arab iaitu :

1) Abdullah bin Jud'an
2) Basr Bin Abdul Malik 

Sunday, May 16, 2021

Sejarah Penulisan dan Pengumpulan Al-Quran

Al-Quran merupakan mukjizat Nabi Muhammad SAW. Al-Quran ini ditulis dan dikumpulkan. Persoalan disini berapa kali penulisan dan pengumpulan Al-Quran ini terjadi ? 

Penulisan Al-Quran ini terjadi hanya 3 kali sahaja iaitu :-
1) Zaman Nabi Muhammad SAW.
2) Zaman Sayyidina Abu Bakar As-Shiddiq R.Anhu.
3) Zaman Sayyidina Uthman Al-Affan R.Anhu .

Manakala Pengumpulan Al-Quran ini terjadi hanya 2 kali sahaja :
1) Zaman Sayyidina Abu Bakar As-Shiddiq R.Anhu.
2) Zaman Sayyidina Uthman Al-Affan R.Anhu.

Hendak tengok dalam bentuk video boleh tekan di link dibawah :
https://www.youtube.com/watch?v=2nx_sZq9_Sg

Thursday, April 8, 2021

LEMBARAN SEJARAH KETAMADUNAN KERAJAAN KEDAH DI SEBALIK KEINDAHAN GUNUNG JERAI (ASMADI MOHAMMAD GHAZALI) PART 1

 Gunung Jerai merupakan satu simbol di dalam lipatan sejarah ketamadunan Kerajaan Kedah yang mempengaruhi pelbagai aspek seperti kesultanan, pemerintahan, politik, keagamaan, kebudayaan dan perdagangan terutamanya di negeri Kedah Semenanjung Tanah Melayu. Pelbagai kisah dan hikayat samada yang dicatat secara rasmi atau tidak rasmi telah memberi suatu impak kepada keagungan sebuah kerajaan yang dikenali suatu ketika dulu sebagai kerajaan Kedah Tua sehinggalah kesan kepada pembangunan kajian sejarah yang masih diteruskan sehingga sekarang. Gunung Jerai merupakan suatu ikon yang wujud dalam setiap coretan sejarah ketamadunan kerajaan yang bukan sahaja di rantau Asia Tenggara malah di peringkat sejarah dunia pada suatu ketika dahulu. Gunung Jerai juga dikenali sebagai Puncak Kedah yang berdiri teguh di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Dari aspek geologi Gunung Jerai, puncak yang paling tinggi mencecah 1380 meter di samping mempunyai tebing yang sangat curam sehingga  membentuk banyak air terjun dan jeram. Menurut Bradford (1972), batuan yang membentuk Gunung Jerai adalah terdiri Formasi Jerai, igneus granit, porfiri Kuarza dan formasi Mahang. Fomasi Jerai iaitu formasi yang diberi nama oleh Bradford (1972) merupakan batuan yang paling tua dan terawal terbentuk di Malaysia iaitu sekitar 500 juta tahun dahulu di zaman Kambria. Terdapat beberapa bukti sahih yang menunjukkan bahawa asal Gunung Jerai ialah terdiri daripada sebuah pulau atau tanjung. Terdapat penemuan fosil cengkerang laut di Kampung Singkir Laut, Yan yang membuktikan bahawa pada suatu ketika dahulu Gunung Jerai dikelilingi oleh Lautan.

Oh Jururawat

  Oh Jururawat Karya : Muhammad Afiq Nama Pena : Pujangga Lara Oh jururawat  Bukan sekadar satu nama  Berpakaian serba putih  Jiwanya mesti ...